Wednesday, June 17, 2009

KiSaH CiNta 11

Huh ini satu perkembangan yang baik.Aku harap lepas ini tak payah lah aku tunggu dia lama-lama kalau masa balik sekolah.Aku cukup pantang kalau terpaksa menunggu,walau dalam apa situasi pun.Aku paling benci menunggu orang,dan disebabkan itu aku pun tak suka di tunggu orang.Aku tahu apa rasa nya menunggu orang sungguh membosankan.Mesti koarang ingat aku cerewet kan?Aku tak cerewet lah sebenarnya.Tapi aku tak tahu lah kenapa aku ada sikap tak suka menunggu dan tak suka ditunggu.So siapa-siapa yang dah berjanji dengan aku harus lah menetapi masa kalau tak muka aku yang ciut ni,eh!terpasan lak,akan menjadi seperti jeruk mangga yang paling masam sekali di dunia.

Tiga hari lagi S.P.M bermula.Gabra gila aku ni.Boleh ke tak aku jawab soalan nanti.Malam ini kluarga aku dan Lisa akan solat hajat secara ramai di rumah aku.Kawan-kawan sekelas kami,ibu bapa mereka dan guru-guru kelas kami juga dijemput hadir untur meramaikan solat hajat ini..Selepas melakukan solat magrib,membaca Yasin,solat isyak dan akhir sekalai kami melakukan solat hajat dan memohon kepada Yang Berkuasa, supaya memudahkan kami menjawab soaln dan mendapat keputusan yang cermerlang,dan semoga kami menjadi insane yang berguna pada keluarga,Negara dan bangsa.Selepas itu semua yang hadir dijemput makan.Wow!Hidangan malam ini semuanya makanan kegemaran aku dan Lisa,yang khas disediakan oleh mama dan Umi Lisa.

Ini yang buat kami tersenyum sepnjang tahun kalau makanan kegemaran kami disediakan .Aku dengan sambal sotong,Lisa dengan sambal tempe nya.Yang paling penting sekali cendol minuman kegemaran kami yang disediakan khas oleh sepupu ku.Makan besar lah jawabnya kami.Bertambah seronok lagi kawan-kawan sekelas kami pun ada bersam kecuali Tiqa and the geng.Selamat,aku pun tak nak dia datang buat bertambah dosa aku dan Lisa je mengumpat perangai dia yang gedik semacam tu,kami ni takda lah baik sangat tapi takda lah macam dia mengedik san mengedik sini dengan gaya-gaya minah saleh dia tu.Hish!tolong lah geli mak hahahah…


Sapa mamat pakai baju melayu ungu itu?Saudara Cinta ke?Tak penah namapak pun sebelum ini.Hampir semua saudara Cinta,Lisa kenali sebab Lisa sering ikut Cinta pulang ke kampung.Mamat ni betul ensem lah macam Marc Nelson lah,smart sangat dia pakai baju melayiu berwarna ungu itu,dengan kulitnya yang putih,tinggi,badan yang sasa dan yang paling penting kening nya yang tebal betu membuatkan hati perempuan cair tengok dia.Nasib baik aku dah ada Elham.Kalau tak nak juga kau kenal dengan mamat seensem tu.

“Wei Cinta!Aku nak tanya something ni dengan kau.” Bisik Lisa tiba sambil tersengih-sengih.

”Hah apa dia?Siap tersengih lagiNi mesti ada something kan.”Buang tebiat apa minah ni.

”Tuuuu..... Sapa tuuu.”Liasa menujukan Eyrol dengan muncung mulutnya.Sah dia dah namapak Eyrol.Get ready lah untuk sesi soal jawab dengan Lisa wartawan yang satu stesen tv pun tak nak ambik.

”Siapa??Mana??”Sahaja aku main tarik tali dengan Lisa,

”Tulah!Yang ensem pakai baju melayu ungu tu.Aku rasa tu buka seupu kau kan tak penah nampak pun.Takkan kawan sekelas kita kut lagi tak logik.Kalau suami-suami cikgu lagi lah tak mungkin,kaku kenal semua suami cikgu.Cakap arh sapa tu.Macam Marc Nelson beb!Ensem gila.”Desak Lisa,siap buat analisis lagi.

Malas aku berteka-teki lagi dengan selamba kodoknya aku pun bagitau.
”Ohhh tu driver baru aku,ganti Ayah Mail.Takda lah ensem sangat biasa je.”
Padahal hati ini dah banyak kali memuji ketampanan semulajadi abg Eyrol tu.Depan Lisa malas lah aku nak puji kang tak pasal-pasal aku di gosip nya dengan Abg Eyrol.

”What!kenapa kau tak cakap kat aku.Jahat betul lah.”Rugut Lisa.

”Wat pe nak bagitahu kau.Buat habis ayaq liur je aku je.” Kata ku sambil terkekeh ketawa.Malas aku melayan kerenah Lisa kalau cerita pasal jejaka ensem sampai tahun depan pun tak habis.Apatah lagi aku rasa tak selesa dengan pandangan mata Abg Eyrol itu.Tapi betul lah kata Lisa Abg Eyrol nampak ensem sangat dengan baju melayu ungu nya itu.Sesuai dengan kulitnya yang cerah itu.Kenapa lah dia ensem sangat boleh tergoda aku ni.

Tuesday, June 16, 2009

KiSaH CiNta 10

“Tengku Cinta Nur Batrisyah!”Mamat mana lak lak jerit-jerit nama aku ni?Tau lah aku cute dan cantik,eh terperasaan lah pulak . Macam penah dengar lah pulak suara niAiks!Macam suara Sir Wong,tapi kenapa lak dia jerit nama aku ni.Seingat aku ni baru pukul 6.45 pagi.Kelas Sir Wong mula pukul 7.00 pagi.Semangatnya dia datang nak mengajar.Apa Lisa ni main pukul-pukul pulak.Kacau je pokok betul lah!Tak tahu ke orang tengah mengimbas kenangan lama.Macam mana kami boleh jadi kawan baik.

“Cinta!Awak dengar tak saya panggil ni?Eh,betul lah Sir Wong yang panggil aku.

“Eh Sir ! Dengar-dengar.Ada apa Sir?Awal nya Sir masuk?Saya rasa kelas Sir belum mula lagi kan?Kelas Sir start pukul 7.00 pagi kan?Lagipun saya rasa,saya takda sembang dengan Lisa pun.Betul takda.”Kata ku cuba mengyakinkan Sir Wong.Sir ni pantang kalau waktu dia mengajar aku bersembang dengan Lisa.Mula lah dia nak mengusik.Suruha aku baca text lah.Buat latihan di papan putih lah.

”Aiyooo!Awak tak tengok jam ka?Sekarang sudah pukul 7.00 oh!All your’s friends berdiri bagi ucap selamat pagi dekat saya pun awak tak sedarAwak mengalamun apa?Ingat boyfriend ka?”Jerkah Sir Wong menerangkan situasi sebenar kepada aku,sambil tersengih-sengih.Alamak!Macam mana aku boleh tak sedar yang Sir Wong dah masuk ni.Lisa pun satu bukanya nak bagitahu aku.Lepas ni mesti Sir Wong kenakan aku.Memang sah lah kalau dia dah tersengih-sengih tu,memang aku kena lah lepas ni.

”Oh Sir saya saja je buat-buat tak perasaan.Saja menceriakan hari-hari pagi Sir.Jangan lah marah Sir.Mana boleh saya tak perasaan kalau Sir saya yang paling ensem macam Wang Lee Hom ni masuk mengajar.Sir kan favorite Teacher saya.”Bohong sunat sikit,untuk cover malu.Padahal 0.00000000001 % pun muka Sir tak macam penyayi kesukaan aku Wang Lee Hom yang ensem tu.Nak ambik hati Sir sikit terpaksa lah aku bodek sikit.

”Sudah lah malas saya nak layan kamu Cinta.Ok class open your excersice book.”Alah Sir Wong malas nak layan konon.Padahal dia dah termakan lah tu dengan pujian aku.Sekali-sekala menyakat Sir apa salah nya,kan selalu nya aku yang jadi mangsa sakat dia.Kali ni biar Tengku Cinta Nur Batrisyah pulak yang menyakat.Aku llah Yang berkuasa hari ini hahahah!

*************************
Wah menakjubkan a.k.a menghairan kan awal pulak mamat bisu ni ambik aku hari ni.Selama 3 hhari dia menjadi penganti Ayah Mail selalunya paling awal pun 10 minit waktu persekolahan dah tamat.kalau aku tanya kenapa lambat mesti dia jawab jalan jam Cik Nur.Lagi satu yang pelik tentang mamat ni,Dia panggil aku Cik Nur.Aku dah larang jangan panggil aku Cik Nur.Panggill Cinta cukup lah.Dia selamba kodok je jawab ’Saya tak cintakan awak lah’.Hish! tah hapa-hapa.bukan aku suruh dia cintakan aku aku Cuma suruh dia panggila aku Cinta sebab dah memang itu gadis yang cute macam aku ni.Again terperasaan lagi.

Tapi lantak lah dia nak panggil aku apa sala jangan gelaran tak elok,macam yang aku bagi kat dia dah lah.Agak-agak macam mana lah reaksi dia eh kalau tahu aku gelarkan dia mamat bisu.Tapi nasib dia lah muka je macam Marc Nelson model dan pengacara kesayangan aku tu,tapi tak reti nak berkomunikasi.Buat sakit jiwa je!

Sunday, June 14, 2009

KiSah CinTa 9


Sejurus sahaja kami sampai di Hospital Putrajaya Lisa dikejarkan ke Wad pemeriksaan kecemasan.Hanya tuhan sahaja yang tahu macam mana perasaan aku bila melihat Lisa yang di pangkuan ini berlumuran dengan darah dan tidak sedatkan diri.

“Doktor tolong selamatkan nyawa kawan saya ni.Tolong cuba sedaya upaya doktor.”Rayu ku pada doktor kacak ini mukanya pesis serperti Dr Sheikh Muszapahar Shukor angkasawan Negara.Nama doktor ni Akhbar.Macam mana kau tahu??Aku tengok kat tanda nama dialah.Sempat gi aku ni dalam risau-risau akan keadaan Lisa sempat gi memuji doktor ni heheh…

“Adik Cinta jangan risau lah saya akan cuba sedaya upaya selamatkan kawan awak ni.Lagi pun dia Cuma cedera ringan sahaja dan sedikir pendarahan sahaja.Dia takda apa-apa.Cuma….Kami perlukan penderma darah berjenis O kerana kami kekurangan darah jenis itu.”Terang doktor Akhbar kepada ku.

“Biar saya yang mendermakan darah.Darah saya jenis O.Kejap lagi saya telefon parents saya unutuk minta kebenaran.”Dengan semangat aku memberi jawapan kepada doktor Akhbar,dengan cara ini sahaja aku dapat menolong dan membalas jaa Lisa yang telah menyelamat kan aku.

“Ok nanti awak ikut nurse untuk menjalani proses pendermaan darah.Saya pergi dulu.”Pesan doktor Akhbar kepada ku sebelum masuk kedalam bilik Lisa dirawat.
Aku gembira mendengar mama dan papa membenarkan aku mendermakan darah kepada Lisa.Walaupun pada mulanya mereka tidak membenarkan.Tapi setelah aku menjelaskan apa yang terjadi mereka telah membenarkan aku mendermakan darah kepada Lisa.

Setelah pemeriksaan darah ku sesuai untuk didermakan kepada Lisa.Aku sedikit pening selepas menjalani proses transaksi darah.Aku disuruh berehat di bilik yang disediakan.Aku tertidur sampai pagi.Sebaik sahaja aku bangun Ifa ku lihat baring di sofa yang disediakan dalam bilik ini.Aku bedehem untuk mengejutkan Ifa dari tidurnya.Tak sangka pulak minah ni telinga dia sensitif sekali je aku bedehem dia dah bangun,

“Eh kau dah bangun cinta?”Tanya ifa dalam keadaan mamai

“Yalah aku tengok aku tidur ke ni.”terkekeh aku ketawa melihat muka jerut mangga yang ditunjukan oleh ifa,apabila disakat oleh ku.

“Mana ira n yang lain-lain?Heran aku melihat tiada soarang pun antara rakan-rakan ku yang berada bersama-sama dengan kami.Yang paling menghairan kan Ira kembar si Ifa ni juga takda bersama-sama..Selalu nya meraka ini jarang tidak ada bersama-sama.Kembar lah katakan.

“Tulah lah kau tidur mati sampai tak ingat dunia.Yang lain dah balik lah flight semalam takkan tak ingat kut.Hanya aku kau.Lisa dan cikgu ensem je yang delay balik,sampai Lisa di benarkan balik baru kita berempat fly balik Labuan..

“ohh baru aku ingat.”Jawab ku dalam sambil tersengih-sengih malu dengan sikap ku yang pelupa..

Cakap pasal Lisa.Macam mana agaknya keadaan dia eh?dah sedar ka dia?baik aku tanya kat minah ni,dia mesti tahu.

“Ifa..Lisa macam mana keadaan dia eh?Dia dah sedar ke?”Seperti peluru aku bertanya kepada Ifa..

“Hek eleh relex arh kau ni.Cuba tanya satu-satu tak yah nak kelam-kabut macam ni.Taki lari nye aku ni.Ohh pasal Lisa dia dah ok dah cuma dia luka kkat lutut dan dahi.Dah selamat dijahit oleh doctor ensem tu kalau tak silap doctor Akhbar nama dia,N satu lagi Lisa pesan semalam kalau kau dah bangun dia nak jumpa kau.Dia yang kena langgar tapi kau pulak lebih-lebih tidur.”Terkekeh Lisa dapat mengenakan aku.Kenapa Lisa nak jumpa aku eh.Dia nak marah aku ke?Sebab aku dia lak yang cedera.Alamak habis lah kalau dia smakc down aku nanti.Nak balas tak boleh sebab aku dah janji taknak buat jahat dengan Lisa lagi.Takpa ah aku tawakal je lah.

******************
Ish sseram sejuk lak aku rasa masa nak ketuk bilis Lisa ni.Ala-ala gaya macam mak mentua nak menyarungkan cincin tunang lak.Melalut lak aku ni.Pintu Lisa aku ketuk.Tanpa menunggu jawapan aku terus masuk dan nekad untuk meminta maaf dan berterima kasih lepada Lisa yang telah menyelamat kan aku.

Alih-alih bukan aku yang berterima kasih lepada Lisa.Lisa pula yang berterima kasih lepada ku sambil menagis-nangis memeluk aku.Hish ni dah terbalik ni.aku memujuk Lisa yang menagis itu.Dia benar-benar terharu dengan kesudian ku untuk mendermakan darah kepadanya.Setelah Lisa berasa tenang aku pula berterima kasih lepada Lisa dan meminta maaf atas sikap ku selama ini kepadanya.Akhirnya kami sama-sama menitiskan air mata kegembiraan bila umur kami dipanjangkan oleh Allah.Sejak dari peristiwa itu aku dan Lisa seperti belangkas kemana sahaja pergi mesti berdua.Bagi yang tidak mengatahui kisah ini pasti berasa hairan bagaimana dua orang musuh tradisi boleh menjadi kawan baik selepas balik dari Ipoh.

KiSaH cInTa 8


HOSPITAL PUTRAJAYA

“Doktor.Tolong selamat kan anak murid saya ni doktor..”Pohon cikgu ensem selepas melihat Lisa yang berada dipangkuan aku berlumuran dengan darah.Sementara yang lain hanya diam dan ada juga yang menagis ketakutan.Keadaan Lisa kelihatan agak teruk.Darah mengalir dari bahgian dahi dan lutut nya..Sesungguhnya aku sangat risau dengan keadaan Lisa itu.Ini semua disebab kan aku yang cuai ketika melintas jalan..Aku hampir-hampir dilanggar oleh sebuah lori.


************

“Cinta bahaya!Lori kat belakang kau”Jerit Lisa untuk memberitahu Cinta yang dirinya dalam bahaya.Tetapi Cinta tidak mendengar jeritan Lisa dan leka bergelak ketawa Ira dan Ifa..Tiba-tiba Cinta mendengar bunyi hon yang membingitkan telinga nya,sebelum dia di tolak oleh seseorang dan jatuh tidak sedar kan diri.Lisa berlari dan menolak Cinta ke tepi jalan.Lori tersebut tidak sempat ntuk membrek dan akhirnya melanggar Lisa yang cuba menyelamatkan Cinta.Tetapi dirinya pula yang menjadi mangsa.

Sedar-sedar saja aku berada di dalam ambulan dan melihat sekujur tubuh yang tidak bergerak dan berlumuran darah.Ya Allah Lisa rupanya.Kenapa dengan lisa ni tanya ku pada cikgu Ensem.Binggung aku dengan apa yang terjadi.Kenapa aku berada dalam ambulan dan Lisa pun berada dalam ambulan yang sama,malah berlumuran dengan darah pulak tu..Ni tak boleh jadi ni aku kena temuramah cikgu ensem untuk tahu apa yang dah jadi.

“Cikgu kenapa ni?kenapa saya dan Lisa ada dalam ambulan ni??Takkan bas sewa tak muat kut dan sebab tu kami kena naik ambulan..”Sempat lagi aku mengasah bakat ku sebagai seorang loyar baru..

“Ya Allah Cinta takkan kamu tak ingat apa yang dah berlaku??Kamu hampir-hampir sahaja dilanggar oleh sebuah lori semasa kamu,ifa dan ira berjalan di Putrajaya.Nasib si Lisa ni sempat tolak kamu ke bahu jalan.Tapi dia pulak yang dilanggar oleh lori tu,dan kamu pulak hanya pengsan .”Serius tahap gila gaban cikgu ensem menerang kan apa yang terjadi kepada aku.Loyar-loyar baru ku juga tidak dibalas seperti biasanya.

Terdiam aku mendengar apa yang telah diberitahu oleh cikgu ensem.Secara automatik air mata ku merembes keluar.Bertapa mulia nya hati Lisa sanggup menyelamatkan aku,walaupun selama ini kami bukanlah kawan malah saling benci-membenci.Perasaan bersalah dan menyesal muncul dalam hatiku.Kerana kecuaian aku Lisa menjadi begini.
Cuba kalau aku,ifa dan ira tidak bersiar-siar sendirian pasti perkara ini tidak berlaku..

“Sudah lah Cinta benda dah nak jadi tak payah lah kamu risau.Kita Sama-sama berdoa supaya Lisa selamat.”Macam tahu-tahu je cikgu ensem ni yang aku rasa menyesal sangat..Sudahnya aku hanya mengangguk tanpa mengeluarkan suara ,malas untuk membalas apa yang dikatakan oleh cikgu ensem..

Aku mula menyimpan tekad untuk berbaik dengan Lisa selepas ini.Aku akan meminta maaf dari Lisa dan aku janji aku takkan memusuhi Lisa lagi.Itu janji ku.Sepanjang perjalan ke hospital aku berdoa supaya Allah menyelamat kan Lisa yang tercedera akibat dari kecuaian ku..

Friday, June 12, 2009

kisah cinta 7


Aku sangat-sangat gembira dengan pemergian ku ke Perak kali ini…Tapi ku sangka kan kegembiraan ku akan berpanjangan sehingga lah…

“Ok semua lepas ni kita akan balik ke Kuala Lumpur dan lusa kita kan balik ke Labuan.Masa dekat Kuala Lumpur nanti cikgu nak kamu semua jaga diri ok.Jangan leka sangat kalau dah shopping tu terutama pelajar perempuan dan guru-guru perempuan.”Selamba kodok je Cikgu ensem ni sound kitaorang..


Nama sebenar Cikgu ensem ni ialah cikgu Amar Izlan .Dia ni memang cikgu lelaki paling ensem kat sekolah aku.,banyak peminat cikgu ni bukan sahaja dari kalangan murid-murid malah guru-guru wanita juga ada yang menaruh hati pada cikgu ensem ni.Tapi satu pun tidak dilayannya.Mana dia nak layan sebab dia dah ada isteri yang cantik dan seorang anak yang comel.Kagum aku dengan keperibadian cikgu ensem yang setia pada isteri nya..Jarang ada lelaki yang mempunyai aset seperti Cikgu Amar akan setia pada seorang wanita.Bukan semua lelaki yang mempunyai aset yang digilai oleh wanita mempunyai sikap hidung belang.

Perjalanan dari Lumut ke Kuala Lumpur mengambil masa kira 5 jam perjalanan..Sepanjang perjalanan ke Kuala Lumpur kami singgah di dua tempat rehat.Selalu nya aku paling tidak suka mengikuti perjalanan jarak jauh.Aku akan cepat berasa bosan.Tapi berbeza pada perjalanan pada kali ini aku berasa sangat gembira.Mungkin dengan kehadiran kawan-kawan ku,yang memboleh kan aku bersembang untuk menghilang kan kebosanan ku.Berbanding dengan perjalanan ku dengan keluarga ku,aku mesti kena sakat dengan teruk oleh along dan angah..Kesian betul nasib aku kan.

Tepat jam 7.30 pm kami tiba di Putrajaya,lalu ke masjid Putrajaya untuk menunaikan solat magrib dan isyak.Aku begitu kagum dengan keindahan rumah Allah itu.Sungguh cantik sekali.Keadaan di masjid itu sungguh selasa dengan dilengkapi dengan penghawa dingin dan lain-lain kemudahan.Selepas menunaikan solat kami berehat-rehat dulu di luar masjid,sebelum pergi ke tempat penginapan yang disewa khas oleh pihak penganjur untuk kontijen dari Sabah dan Sarawak sementara menunggu masa penerbangaan kami untuk balik ke tempat masing-masing..

Sementarayang lain berehat dan jalan-jalan disekitar masjid.Aku,ira dan ifa meminta kebenaran dari cikgu ensem untuk berjalan-jalan diluar sekitar masjid Putrajaya.Walaupun pada mulanya Cikgu ensem sama sekali tiak membenarkankami pergi berjalan-jalan tanpa pengawasanya,tapi disebabkan kami merayu-rayu dan disebabkan ira dan ifa berasal dari Putrajaya dan arif tentang tempat ini.Maka cikgu ensem membenarkan kami berjalan-jalan sendirian dengan syarat kami bertiga menjaga keselamatan diri masing-masing.

Wow!Aku sangat beruntung dapat melawat di tempat yang menarik dan cantik ini.Sedang aku leka menikmati pemandangan di kawasan Putrajaya ini,tiba-tiba aku mendengar bunyi hon yang membingitkan telinga ku.
“Cinta….bangun Cinta….bangun…”Hanya suara ira yang aku dengar sebelum pandangan disekeliling ku menjadi gelap gelita.

kisah cinta 6

Tinggal beberapa hari lagi menjelang SPM.Selama 10 tahun aku dan rakan-rakan yang lain bersekolah,itu belum campur tadika lagi.Campur-campur ada juga dalam 10 ke 13 tahun kami bersekolah.Tahun ni adalah tahun terakhir aku berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Muhibbah ini.Banyak suka duka yang aku alami di sekolah ini.Ialah dari tingkatan satu sehingga tingkatan lima.

Masih segar dalam ingatan semasa hari pertama aku mendaftar di SMKM.Perkenalan ku dengan Lisa yang merupakan musuh ku ketika di awal permulaan sesi persekolahan.Hanya gara-gara aku tertolak Lisa ketika berbaris untuk membeli makanan di kantin sekolah.Mak Oi! Minah tu punya kecoh aku tertolak dia.Maca je mee yang aku beli tu tertumpah kat dia.Aku apa lagi angin lah bila kata maaf yang ku hulurkan dibalas dengan jerkahan..Patang betul aku bila aku cakap elok-elok dibalas macam tu.

Tambah malang lagi kami ditempatkan di kelas yang sama.Sejak dari kejadian di kantin sekolah itu,satu demi satu pergaduhan tercetus antara kami berdua.Sehingga kan kedua ibu bapa kami dipanggil ke sekolah.Walaupun kedua ibu bapa kami sudah dipanggil untuk membincangkan masalah kami berdua,tiada sedikit perubahan pun dari kami berdua malahan semakin teruk.Patang berselisih pasti kami akan bertikam lidah.

Sehingga lah satu peristiwa yang menyebab kan aku dan Lisa berkawan baik sehinga kini dan InsyAllah sehingga akhir hayat kami.Petang itu kami ada latihan bola tampar.Sukan bola tampar merupakan satu-satunya sukanyang aku minati dan mahir.Di awal semester pertama,serperti kebiasaanya sekolah kami akan membuat permilhan untuk para pelajar baru,untuk menyertai pasukan blola tampar sekolah.

Nasib ku amat baik kerana diberi peluang untuk menyertai pasukanbola tampar sekolah kami.Tetapi yang malang nya Lisa juga terpilih untuk menyertai pasukan bola tampar sekolah kami.Walau bagaimana pun semasa di gelanggang kami hanya bersifat profesional.Tiada pergaduhan yang tercetus di antara kami..


Masih segar dalam ingatan ku 24 Mei 2003,pada tarikh ini kami mempunyai kejohanan di peringkat negeri..Sekolah kami berjaya untuk mewakili Wp.Labuan untuk ke perak,bagi mewakili W.P Labuan.Setelah 4 hari menyertai kejohanan ini,kami dibawa berjalan-jalan di Negeri Darul Ridzuan ini.Walau ini bukan kali pertama aku ke Negeri Perak,tetapi lawatan kali ini merupakan yang paling menarik kerana dengan adanya kawan-kawan dan guru-guru ku.

Antara tempat yang kami lawati adalah Zoo TaipingMuzium Taiping,Muzium Pasir Salak,Bandar Ipoh,Kuala Kangsar,Pekan Lumut atau pun sekarang ini dikenali dengan nama Bandar Tentera Laut dan tempat terakhir yang kami lawati adalah Pangkalan Tentera Laut di Lumut.Banyak pengalaman yang menyeronokan yang aku dapat semasa membuat lawatan dengan memakai baju sekolah..Banyak keistimewaan yang kami perolehi…

Aku sangat-sangat gembira dengan pemergian ku ke Perak kali ini…Tapi ku snagka kan kegembiraan ku akan berpanjangan sehingga lah…..

kisah cinta 5

“Oi ! Eyrol engkau ni kenapa monyok je aku tengok dari tadi kau ada masalah ke?Roti Canai kau tu pun tak terusik lagi..Kau tak nak ke?Kalau tak nak aku bak sini bagi aku.”Tanya Syahran teman baik Eyrol sambil lahap mengunyah Mee Goreng mamak kegemaraanya..

“Tak ada apa lah..Aku penat je ni..Dah lah cepat makan pastu balik..Aku nak tidur ni.” Dingin saja Eyrol membalas pertanyaan Syahran..Dari reaksi Eyrol tahu lah Syahran yang Eyrol tak nak beramah mesra denganya..Padahal dia tagu kalau Eyrol monyok je mesti dia ada masalah.Bukanya sehari dua mereka baru berkawan..Enam tahun berkawan dengan Eyrol cukup untuk dia mengenali sikap teman baiknya itu.


*********

“Eyrol awak ni kenapa hah!kan saya dah jelas kan yang saya tak ada hubungan dengan Nizam.Awak salah paham sebenarnya,saya dan Nizam hanya kawan je,Yang awak tengok malam tu bukan seperti yang awak bayang kan.Maaf kan saya ya sayang,saya janji tak akan buat lagi.”Lirih saja suara Diana memujuk Eyrol..Binggung Diana dengan niat Eyrol hendak mereka memutuskan pertunangan mereka.

”Salah faham awak kata!Saya dah tengok dengan mata saya sendiri awk dekat kondo Nizam dengan pakai baju tidur je!Tak kan awak kemas rumah dia kut atau memasak kat rumah dia.Setahu saya awak Cuma setiausaha dia.Dah lah Diana saya muak dengan awak ni.Entah berapa lama awak dah lakukan hubungan terlarang dengan Nizam.”Puas rasanya selepas meluahkan apa yang terbuku di hati nya

”Awak ingat saya nak sangat dengan awak hah!Eh awak dengar sini Eyrol orang yang keras kepala macam awak ni memang tak sesuai dengan saya.Saya pun tak hadap sangat lah nak jadi tunang awak lagi.Nizam seribu kali lebih baik dari awak.Memang...memang saya akui saya ada hubungan dengan Nizam puas hati awak!”Penat dia melayan Eyrol yang tidak mahu memaafkanya.Kalau dia tidak memikirkan keluarganya yang nak sangat dia dan eyrol bertunang.Awal-awal lagi dia dah berniat memutuskan petunagan mereka..

Bagi Diana Nizam lebih baik dari Eyrol.Nizam memberikan dia kemewahan dan segala-galanya..Berbanding dengan Eyrol yang masih menuntut dia Universiti Malaya.Sebenarnya Eyrol tiga tahun ebih muda dari Diana.Tapi atas kematangan Eyrol dan rupanya yang kacak Diana telah jatuh cinta.




Buat Eyrol pula,memang sebelum ini dia sangat mencintai Diana dengan sepenuh hatinya.Tapi sejak Diana kerja dengan Nizam sebagai seorang setiausaha.Sejak itu Diana telah berubah,kalau dulu tudung menutup aurat nya.Tapi sekarang tudung entah terbang kemana,tiada lagi baju kurung atau blaus sopan menutupi tubuhnya.Malah dia tidak tahu pun Diana tidak lagi memakai tudung.

Perkara itu diketahui dari gambar yang di tunjukan oleh Syahran sahabat baiknya.Dalam gambar itu dia melihat Diana ceria berpegang tangan dengan Nizam.Hampir-hampir sahaja di terduduk melihat gambar itu.Sampai hati Diana berlaku curang denganya,padahal dia sangat mencintai Diana.

Walaupun kes ini berlaku dua tahun yang lepas,hampir- hampir dia melupakan kes itu.Tetapi panggilan telefon yang di terimanya dari Diana semalam menyebabkan dia monyok hari ini.Benci dia mendengar pujuk rayu dari Diana,yang kembali menagih cintanya..Beria-ia Diana memujuk nya ingin kembali padanya.Padahal Diana sudah menjadi isteri Nizam.


”Hello..Eyrol..Saya ni Diana.”

“Kau nak apa Diana?Kenapa kau call aku ni.Aku rasa kita dah tak da apa-apa hubungan lagi.”Dingin suara Eyrol membalas.Tiada lagi panggilan “saya” atau “awak” dari Eyrol..

“Saya nak minta maaf kat awak Eyrol.”

“Untuk apa Diana?Antara aku dan kau dah taka da apa-apa hubungan lagi.”

”Tapi saya masih cintakan awak Eyrol.Saya tak bahagia dengan Nizam.Nizam buat saya macam hamba.”

”Itu bukan masalah aku.Itu kan jalan yang kau pilih,dan satu lagi kau jangan pandai-pandi nak cakap cinta dengan aku!Bagi aku kau dah mati sejak kau curang dengan aku!”Tanpa mendengar jawapan dari Diana,Eyrol menekan punat merah di telefon bimbit nya.Muak Eyrol mendengar suara Diana yang satu masa dulu ,membuat kan hatinya berdegup kencang dengan telatah manja nya...

kisah cinta 4

Ayah Mail ni pun bukan nak bagitau aku awal-awal yang dia nak pergi rumah kak Lia…Takde lah aku terkejut beruk tengok ada mamat handsome yang bawa kereta papa..Hish!napa lak aku gi puji dia tak senonoh betul padahal baru sehari aku kenal dia..
Tapi memang dia handsome gila lah ,dah lah tak merokok ia kut sebab tadi aku tengok bibir dia merah je..Eh-eh dah lebih-lebih lak aku puji dia ni..


Esok macam lah agaknya keadaan dalam kereta eh..Aku tak suka lah kalau timbul suasana sunyi je..Boleh Stress aku kalau tak bercakap..Aku nak tegor dia segan lah pulak,tengok muka dia yang handsome tapi serius tahap gila gaban tu..Dah sudah aku pun diam je dan macam bisu lak..Wahal sebelum ni aku kira banyak cakap ggak sampai masa exam pun aku nak bercakap sampai ditegur oleh cikgu Liya..Malu je aku bila kena jerkah dengan cikgu Liya..Tapi itu lah aku memang suka bercakap,bak kata mama kalau aku takde kat rumah memang macam takde siaran tv lah jawab nye sunyi je..



* * * * * * * * *
Huh apa lah mamat handsome tu bukan dia nak cakap selamat pagi ke,sihat kea pa ke yang macam yang selalu Ayah Mail tanya kat aku,kalau tak pun senyum ke apa ke..Harap muka je handsome tapi tak reti nak berkomunikasi..Ish!napa aku asyik puji mamat tu..Beza sangat dia dengan Ayah Mail yang peramah dan murah dengan senyum tu.Ada ke patut pagi-pagi pun nak pakai spek mata hitam macam lah silau je lagaknya..

Pagi-pagi lagi aku dah buat dosa mengutuk mamat tu..

“Morning Cinta ..You sihat ke.?” Sapa minah gedik ni sambil tersengih-sengih monyet je lagaknya..Menyampah je aku tengok.

“Emmm kau nak apa?aku sihat.”Kalau koarang nak tahu minah gedik ni nama dia Tiqa.Dia ni minah paling gedik yang aku kenal selepas Cikgu Shima bekas teman wanita abang long aku..Yang mengajar di sekolah aku ni

“Ala you ni cuba lah senyu m ke apa ke..Takde lah I nak tanya ni sapa si handsome tu?Tak pernah tengok pun”Dengan gelagat gedik Tiqa menempel depan aku..

“Hish apa kau merepek pagi-pagi ni.Si Handsome mna lak ni?Pak cik guard tu ke?Hai! takkan kau tudah tukar taste kut.aku tengok takda lah handsome pun.”
Tiba-tiba lak tanya aku pasal si handsome..Tak kan pak guard sekolah ni kut dia cakap Hansome..Ntah handsome mana tah..Mimpi kut dia ni..

“Eeeee please lah apa lah you ni..I mean yang hantar you pergi sekolah tadi.I tegok handsome je.”Tanya Tiqa dengan penuh minat..

Aiks dia nampak ke mamat bisu tu hantar aku tadi.Nasib lah kau dapat gelaran baru dari kau keheh…
“ohh mamat tu driver aku yang baru..Kenapa kau berminat ke?Takkan lah kot sebab setahu aku test kau Cuma anak-anak Datuk kalau tak pun Tan Sri ke or kerabat-kerabat ke dan paling cabuk pun Adam si Playboy tu kan anak taukeh minyak tu..Takkan kau berminat kat driver akau tu kut?.”Hah ambik kau ngada-ngada lagi depan aku..

“Ala you ni I tanya baik-baik ni pun you nak sindir-sindir..Ohh driver ke..Emm anyway he so handsome .Kirim salam syang I kat dia tau”Hish gedik betul si Tiqa ni dengan mamat bisu tu pun dia nak menggatal..

“Em kalau dia sudi nak balas kirim salam sayang kau tu.”Baik aku blah dari layan minah gedik ni..Dalam sekolah ni hanya dia and the geng je ber ‘I’ “You’ ni gila!gedik betul menyampah eden..


Ni baru Tiqa yang bertanyakan pasal mamat bisu tu..Belum lagi Lisa,mau nya sampai esok pagi dia menemu bual aku pasal mamat bisu tu..Dah lah lisa tu pantang tengok mamat handsome sikit,mamat bisu ni dah lah handsome banyak.Tapi gatal-gatal Lisa dia takdalah curang dia tetap gak setia cinta mati dengan Elham tu dari tingkatan satu lagi
Walaupun selalu sangat bergaduh macam anjing dengan kucing..fening aku tengok.
.Utuh sungguh hubungan mereka.Harap tahan samapi ke jinjang pelamin hubungan mereka Amin!

kisah cinta 3


Ayah Mail ni pun bukan nak bagitau aku awal-awal yang dia nak pergi rumah kak Lia…Takde lah aku terkejut beruk tengok ada mamat handsome yang bawa kereta papa..Hish!napa lak aku gi puji dia tak senonoh betul padahal baru sehari aku kenal dia..
Tapi memang dia handsome gila lah ,dah lah tak merokok ia kut sebab tadi aku tengok bibir dia merah je..Eh-eh dah lebih-lebih lak aku puji dia ni..


Esok macam lah agaknya keadaan dalam kereta eh..Aku tak suka lah kalau timbul suasana sunyi je..Boleh Stress aku kalau tak bercakap..Aku nak tegor dia segan lah pulak,tengok muka dia yang handsome tapi serius tahap gila gaban tu..Dah sudah aku pun diam je dan macam bisu lak..Wahal sebelum ni aku kira banyak cakap ggak sampai masa exam pun aku nak bercakap sampai ditegur oleh cikgu Liya..Malu je aku bila kena jerkah dengan cikgu Liya..Tapi itu lah aku memang suka bercakap,bak kata mama kalau aku takde kat rumah memang macam takde siaran tv lah jawab nye sunyi je..



* * * * * * * * *
Huh apa lah mamat handsome tu bukan dia nak cakap selamat pagi ke,sihat kea pa ke yang macam yang selalu Ayah Mail tanya kat aku,kalau tak pun senyum ke apa ke..Harap muka je handsome tapi tak reti nak berkomunikasi..Ish!napa aku asyik puji mamat tu..Beza sangat dia dengan Ayah Mail yang peramah dan murah dengan senyum tu.Ada ke patut pagi-pagi pun nak pakai spek mata hitam macam lah silau je lagaknya..

Pagi-pagi lagi aku dah buat dosa mengutuk mamat tu..

“Morning Cinta ..You sihat ke.?” Sapa minah gedik ni sambil tersengih-sengih monyet je lagaknya..Menyampah je aku tengok.

“Emmm kau nak apa?aku sihat.”Kalau koarang nak tahu minah gedik ni nama dia Tiqa.Dia ni minah paling gedik yang aku kenal selepas Cikgu Shima bekas teman wanita abang long aku..Yang mengajar di sekolah aku ni

“Ala you ni cuba lah senyu m ke apa ke..Takde lah I nak tanya ni sapa si handsome tu?Tak pernah tengok pun”Dengan gelagat gedik Tiqa menempel depan aku..

“Hish apa kau merepek pagi-pagi ni.Si Handsome mna lak ni?Pak cik guard tu ke?Hai! takkan kau tudah tukar taste kut.aku tengok takda lah handsome pun.”
Tiba-tiba lak tanya aku pasal si handsome..Tak kan pak guard sekolah ni kut dia cakap Hansome..Ntah handsome mana tah..Mimpi kut dia ni..

“Eeeee please lah apa lah you ni..I mean yang hantar you pergi sekolah tadi.I tegok handsome je.”Tanya Tiqa dengan penuh minat..

Aiks dia nampak ke mamat bisu tu hantar aku tadi.Nasib lah kau dapat gelaran baru dari kau keheh…
“ohh mamat tu driver aku yang baru..Kenapa kau berminat ke?Takkan lah kot sebab setahu aku test kau Cuma anak-anak Datuk kalau tak pun Tan Sri ke or kerabat-kerabat ke dan paling cabuk pun Adam si Playboy tu kan anak taukeh minyak tu..Takkan kau berminat kat driver akau tu kut?.”Hah ambik kau ngada-ngada lagi depan aku..

“Ala you ni I tanya baik-baik ni pun you nak sindir-sindir..Ohh driver ke..Emm anyway he so handsome .Kirim salam syang I kat dia tau”Hish gedik betul si Tiqa ni dengan mamat bisu tu pun dia nak menggatal..

“Em kalau dia sudi nak balas kirim salam sayang kau tu.”Baik aku blah dari layan minah gedik ni..Dalam sekolah ni hanya dia and the geng je ber ‘I’ “You’ ni gila!gedik betul menyampah eden..


Ni baru Tiqa yang bertanyakan pasal mamat bisu tu..Belum lagi Lisa,mau nya sampai esok pagi dia menemu bual aku pasal mamat bisu tu..Dah lah lisa tu pantang tengok mamat handsome sikit,mamat bisu ni dah lah handsome banyak.Tapi gatal-gatal Lisa dia takdalah curang dia tetap gak setia cinta mati dengan Elham tu dari tingkatan satu lagi
Walaupun selalu sangat bergaduh macam anjing dengan kucing..fening aku tengok.
.Utuh sungguh hubungan mereka.Harap tahan samapi ke jinjang pelamin hubungan mereka Amin!

kisah cinta 2

Apasal lah mama tak bagitau aku pasal mamat tu.Ish buat malu aku je,dah lah aku pakat serang dia dengan soalan bertubi-tubi.Mesti dia ingat aku ni minah gejoloh eh salah-salah gelojoh tadi hehe..Tapi apa boleh buat memang aku terkejut beruk tadi,nasib baik muka aku bukan macam beruk,kalau tak mahu nya pengsan mamat tu..Tak ke nanya aku kena angkat dia,pastu sapa nak bawak kereta??Ee otak aku ni mula lah ak melalut-lalut,tapi apa boleh buat dah hobi aku..

“Alala sayang napa muka cemberut je cam nasi basi je ni?Tanya mama..
Apaaaa ada ke patut muka aku sikit punya main sikit punya cun bak kata budak-budak kelas aku ala-ala Zhang Ziyi gitu..Huh!ni dah kira angkat bakul sendiri ni..Tapi aku tengok ada lah skit-sikit sama !

“Cinta…Cinta….Cintaaaaaa!….Betuah punya budak Ya Allah!Budak ni dia mengelamun pulak dia orang dok menanya dia dari tadi dia buat ignore pulak.”Jerit mama.

Huh!Nasib baik aku tak sakit jantung kalau tak mahu aku mati katak kat sini gak lepas dengar mama menjerit macam suara katak ampun-ampun mama..

“Ye…ye..ye..mama tanya apa tadi.”Tanya ku sambil mengaru kepala aku yang sumpah!tak gatal..

“.Dari tadi mama dok tanya muka cemberut tu kenapa?”kata mama sambil buat kening double jeck!

“Kenapa mama tak bagitau bukan Ayah mail yang ambik Cinta tadi??Terkejut beruk cinta tengok ntah mamat mana tiba-tiba ada dalam kereta papa tadi.!”

“Ohhh pasala tu ke..Ayah mail ke Sabah flight pukul 10 am tadi,anak dia kak lia nak bersalin dah..Mamat tu nama dia Zairul lah..Cinta panggil je dia Abg Eyrol.Tak kan sebab tu pun nak buat muka cam nasi basi kut ..Dah-dah pergi naik mandi sembayang lepas tu kita makan.Mama masak sambal sotong ni your favorite ni.”

“Horeyyyyyyy sambal sotong…Muahhh sayang mama haha..Cinta naik dulu ok!.”Ni yang aku sayang mama ni selalu masak makanan kegemaran aku..Tapi kalau ingat insedin tadi ish buat malu da geram je..

************

Tercengang Eyrol ditembak dengan soalan yang bertubi-tubi..Sapa lak minah ni tiba-tiba je tanya aku macam ala-ala polis yang menyiasat penjenayah yang nak kena hukum gantung je lagak nye..Errr tapi tak kan lah dia ni polis kut!Dah lah kecik tapi comel!Yang penting minah ni pakai baju sekolah..Ya Allah lupa lak aku datang sini nak ambik anak majikan aku..Haha penyakit blur aku kembali…

Aduh mamat ni aku tanya dia,dia boleh menggelamun..Takkan dia dah mengjangkit dengan aku kut.Bila masa lak aku bagi dia mengjangkit penyakit tak berbahaya ni?Musykil-muykil..Tapi handsome gila mamat ni muka macam model yang paling aku lak Marc Nelson..

“Awak ni Cinta Nur Batrisyah ke?”.
Aiks macam mana lak mamat handsome ni tahu nama aku.Padahal aku belum gi mulakan sesi suai kenal.

“Helloooooooooo…….im asking u ni..Cinta Bur Batrisyah”.
Tanya Eyrol sambil melambai-lambai kan tangan nya di muka Cinta,yg macam orang kena sampuk je lagak nya…

“Ahhhh…a’ah saya lah..Wak…errr…Awak ni sapa?”
Aiks nape lah time ni aku tergagap pulak…Kalau tengok cermin konfim pipi aku merah macam kena siram pati sirap..

“Saya penganti ayah mail…Dah-dah cepat masuk nantii risau lak mama awak kalau kita lambat balik.”Balas Eyrol sambil menepuk kusyen tempat duduk penumpang untuk Cinta….

Eee napa lah mamat ni tak reti nak cakap apa-apa ke..Canggung je aku rasa tak bercakap ni..Nak tegor segan lah pulak..Tah nape mulut aku yang peramah ni pun tiba-tiba je jadi pendiam..Hish tak leh jadi ni..Mamat yang tak ku ketahui namanya ni lak harap muka je cam marc nelson tapi hampeh perangai dia bukan macam marc nelson yang petah bercakap tu..Lantak dial ah..Tapi lau hari-hari macam ni stezz aku…ahhhhhh Ayah maillll tolong cintaaaaa……..Cintaaaa tak sukaaaa

kisah cinta 1


”Apaaaaaaa!dah pukul tujuh pagiiiiiii.”Jerit Cinta Nur Batrisyah apabila melihat jam tidur nya yang menunjukan jam 7 pagi.
”Mati lah aku,dah lah hari ni ada last paper untuk trail SPM.”Bebel Cinta sambil berlari macam lipas kudung ke tandas...Ni semua gara-gara aku tidur lewat semalam untuk baca nota sejarah,dah lah aku tak minat subjek tu.Cikgu Liya punya pasal lah ni main ugut-ugut dengan aku.Kalau aku gagal sejarah lagi habis lah mama dengan papa akan membuat lawatan rasmi ke pejabat sekolah atas jemputan cikgu Liya...

”Mama!Cinta pergi dulu dah lambat ni.Bye ma.”
“Sayang tak minum dulu ke? Mama ada buat nasi lemak ni.Your Favourite ni sayang!”
“Tak mama Cinta dah lambat ni.Just tinggal kan untuk Cinta ok..Doa kan Cinta boleh jawab paper sejarah ye,bye!”


Emm itu lah kisah aku di pagi isnin yang indah Tengku Cinta Nur Bartrisyah binti Tengku Putra Zaid.Sebenarnya aku bukan lah jenis yang susah nak bangun,tapi sebab semalam lambat sangat aku tidur tu lah bangun pun lambat.

Aku puteri tunggal dalam kelurga ku..Aku ada dua orang Abang yang kuat menyakat aku.Tapi aku sayang abang-abang aku yang kuat menyakat dan handsome-TU..Ciehhh!!Mau kembang sampai terkoyak seluar,kalau abang-abang aku dengar..Tapi sekarang dioarang takde kat rumah..Tengku Putra Irfan a.k.a abang long aku sekarang tengah study di Aberdeen,dia ambik medic dah sem 4,bakal-bakal doktor tau...Sapa nak isi borang kosong boleh lah hehehe...Masih single tau..Abang ngah pulak a.k.a Tengku Putra Ilham tengah study dekat UITM Kota Kinabalu,mamat ni bakal-bakal loyar...Ehhh2 salah bakal Lawyer...So tinggal lah aku kat rumah dengan mama,papa dan Mak ina pembantu rumah kami.Stop dulu cerita pasal latar belakang aku keh1

*******

”Oi Cinta asal kau lambat ah,tau tak sekarang ni dah pukul berapa??”Jerkah Lisa si mak nenek.Tapi si mak nenek ni lah kawan baik aku.
“Alahhh,kau ni bagi lah aku tarik nafas jap sebelum kau bom aku.Penat tau!Relex ah exam kan mula 7.30 am sekarang baru 7.25 am hehe..Aku lambat bangun tadi ni gara-gara aku pi baca nota sejarah lah ni...Karang kalau aku gagal konfirm tak payah ragu-ragu parents aku kena buat lawatan ke pejabat jumpa dengan cikgu Liya.”
“Hahaha padan dengan muka kau..Aku risau tau ingat kau tak datang tadi.”Balas lisa sambil kembali ke tempat duduk nya,kerana exam akan dimulakan.
“Sayang gak kau kat aku eh haha..Doa kan aku lulus k.”Balas ku sambil mengeyit mata kearah Lisa.Ishh ada ke patut si mak nenek tu tunjuk penumbuk kat aku!ganas sungguh..



“Kringggggggg.....Kringgggg...Kringggg.”Yes dah pukul 13.00 boleh balikkk....boleh balikkkk...Cieh macam tak pernh balik lak aku ni...Kruttt..Kruttt aisehh perut aku ni dah buat call dah..Emm tau lah dah lapar sabar ye perut ku sayang,lepas nikita melantak nasi kat rumah..Mana lah Ayah Mail ni....Ayah Mail adalah pemandu keluarga ku..Ayah Mail dah berkerja dengan keluarga aku sejak Abang long lahir lagi..Aku sayang dengan Ayah mail serperti Ayah kandung ku...

LB 9000,tu pun ayah mail...Asal dia parking dekat seberang jalan tu..Selalu nya kan Ayah Mail perking dekat bawah pokok seberang jalan tu..Patut lah aku cari-cari tadi tak da...Ahhhh tak kesah lah yang penting aku cepat sampai rumah dan makannnnnn....

“Assalamualikum Ayah Mail.Lama ke tungguuuuu cinnnnnn.”Eh ni bukan Ayah Mail tapi kereta ni kereta papa...Sapa pulak mamat ni?????????