Thursday, August 6, 2009

Kisah Cinta 12

Tepat jam 8 aku dengan kawan-kawan akan menjawab kertas pertama untuk SPM iaitu kertas Bahasa Melayu.Kebanyakan orang mungkin menganggap kertas bahasa melayu bukan mata pelajaran yang susah.Tapi bagi aku Kertas Bahasa Melayu lah Kertas yang rumit.Salah sikit markah akan di potong.Memang aku tak minat subjek Bahasa Melayu.Aku lebih suka subjek sejarah dan Bahasa Inggeris.Bagi ku ianya lebih mudah.

Tapi apa-apa pun aku mesti yakin dengan usaha yang elah aku lakukan tadi.Teringat pulak perbualan antara aku dan mamat bisu a.k.a Abg Eyrol pagi tadi..

"Nur,hari ni paper apa?"Tanya nya.Pelik lah pulak,tiba-tiba lak dia bersuara.

"Pagi paper BM 1 lepas tu BM 2 dan tengah hari Sejarah 1."Jawab ku ringkas maih malu-malu.

"Oh!Dah ready ke?"Serius sahaja bunyi suara Abang Eyrol.

"Takut sikit.Saya tak berapa minat BM ni."Kata ku sambil mencuri pandang muka Abang Eyrol yang kacak itu.

"Lah!Tak boleh macam tu.Nur mesti yakin dengan diri sendiri.Dalam belajar tak boleh ada erti kata tak minat."katanya sambil terus memandu dengan cermat.

"Entah lah Nur pun tak tahu.Harap-harap Nur boleh jawab lah."eish!Asal lak aku terbahsakan diri aku 'Nur" mengarut lak mulut aku ni.Abang Eyrol tidak lagi bersuara.Aku pun diam jelah malas nak cakap apa-apa lagi.lagi pun aku cuak dah ni.

"Ehem!Nur dah sampai sekolah ni."Ish macam mana pulak aku boleh tak sedar dah sampai sekolah ni.

"Ohhh..okkk!Tak perasaan pulak."Balas ku tunduk.

"Tulah mengalamun je.Dah pergi lah turun nanti lambat pulak."Sempat lagi menyidir aku.

"Mana ada mengelamun saya berfikir lah."Balas ku mempertahankan diri.

"Apa-apa lah.Good luck jawab soalan elok-elok..Jangan lupa baca Bismillah."Dingin suara nya.

"Ok thankz.Hari ini ambik pukul 4 petang.Saya tak balik tengah hari."Kata ku lantas turun dari kereta.

***********************************
Hari ini hari terakhir S.P.M..hari yang ditunggu oleh kami sekelas.Kelas kami merupakan kelas terawal merdeka.Hari ni subjek sains sukan.So aku tak gabra sangat sebab subjek ni senang nak score.bukanya aku nak belagak.Tapi kami memang yakin dapat menjawab kertas sains sukan dengan baik.Ini semua berkat tunjuk ajar cikgu Jo.Guru sains sukan kami.

Lepas ni juga aku kena bayar 'hutang' dengan Lisa pasal Abang Eyrol.Aku dah janji dengan dia lepas SPM baru aku nak cerita kat dia pasal Abang Eyrol.Tapi yang aku hairan kenapa lh dua tiga menjak ni selalu je aku mimpikan Abang Eyrol.Dia pun dah tak dingin lagi dengan aku.Walaupun tak lah ramah sangat.Tapi better lah dari dulu.

Tapi yang aku risau lepas SPM aku kena gi PLKN pulak.Tiga bulan lah aku tak boleh duk rumah.Mesti aku rindu semua orang kat rumah termasuk Abang Eyrol.Eh!Asal lak aku nak rindu dia.Aku tak pergi sebenarnya PLKN ni,tapi apa boleh buat dah wajib terpaksa lah pergi je.Kem aku Kem KK Bawah Bayu Tuaran.27 Disember ni aku mendaftar.So makna nya start esok sampai 26 Disember aku hanya ada dua puluh lima hari dekat rumah sebelum pergi menjalani latihan..
Apa aku nak buat ye selama dua puluh lima hari ni.........