Friday, June 12, 2009

kisah cinta 3


Ayah Mail ni pun bukan nak bagitau aku awal-awal yang dia nak pergi rumah kak Lia…Takde lah aku terkejut beruk tengok ada mamat handsome yang bawa kereta papa..Hish!napa lak aku gi puji dia tak senonoh betul padahal baru sehari aku kenal dia..
Tapi memang dia handsome gila lah ,dah lah tak merokok ia kut sebab tadi aku tengok bibir dia merah je..Eh-eh dah lebih-lebih lak aku puji dia ni..


Esok macam lah agaknya keadaan dalam kereta eh..Aku tak suka lah kalau timbul suasana sunyi je..Boleh Stress aku kalau tak bercakap..Aku nak tegor dia segan lah pulak,tengok muka dia yang handsome tapi serius tahap gila gaban tu..Dah sudah aku pun diam je dan macam bisu lak..Wahal sebelum ni aku kira banyak cakap ggak sampai masa exam pun aku nak bercakap sampai ditegur oleh cikgu Liya..Malu je aku bila kena jerkah dengan cikgu Liya..Tapi itu lah aku memang suka bercakap,bak kata mama kalau aku takde kat rumah memang macam takde siaran tv lah jawab nye sunyi je..



* * * * * * * * *
Huh apa lah mamat handsome tu bukan dia nak cakap selamat pagi ke,sihat kea pa ke yang macam yang selalu Ayah Mail tanya kat aku,kalau tak pun senyum ke apa ke..Harap muka je handsome tapi tak reti nak berkomunikasi..Ish!napa aku asyik puji mamat tu..Beza sangat dia dengan Ayah Mail yang peramah dan murah dengan senyum tu.Ada ke patut pagi-pagi pun nak pakai spek mata hitam macam lah silau je lagaknya..

Pagi-pagi lagi aku dah buat dosa mengutuk mamat tu..

“Morning Cinta ..You sihat ke.?” Sapa minah gedik ni sambil tersengih-sengih monyet je lagaknya..Menyampah je aku tengok.

“Emmm kau nak apa?aku sihat.”Kalau koarang nak tahu minah gedik ni nama dia Tiqa.Dia ni minah paling gedik yang aku kenal selepas Cikgu Shima bekas teman wanita abang long aku..Yang mengajar di sekolah aku ni

“Ala you ni cuba lah senyu m ke apa ke..Takde lah I nak tanya ni sapa si handsome tu?Tak pernah tengok pun”Dengan gelagat gedik Tiqa menempel depan aku..

“Hish apa kau merepek pagi-pagi ni.Si Handsome mna lak ni?Pak cik guard tu ke?Hai! takkan kau tudah tukar taste kut.aku tengok takda lah handsome pun.”
Tiba-tiba lak tanya aku pasal si handsome..Tak kan pak guard sekolah ni kut dia cakap Hansome..Ntah handsome mana tah..Mimpi kut dia ni..

“Eeeee please lah apa lah you ni..I mean yang hantar you pergi sekolah tadi.I tegok handsome je.”Tanya Tiqa dengan penuh minat..

Aiks dia nampak ke mamat bisu tu hantar aku tadi.Nasib lah kau dapat gelaran baru dari kau keheh…
“ohh mamat tu driver aku yang baru..Kenapa kau berminat ke?Takkan lah kot sebab setahu aku test kau Cuma anak-anak Datuk kalau tak pun Tan Sri ke or kerabat-kerabat ke dan paling cabuk pun Adam si Playboy tu kan anak taukeh minyak tu..Takkan kau berminat kat driver akau tu kut?.”Hah ambik kau ngada-ngada lagi depan aku..

“Ala you ni I tanya baik-baik ni pun you nak sindir-sindir..Ohh driver ke..Emm anyway he so handsome .Kirim salam syang I kat dia tau”Hish gedik betul si Tiqa ni dengan mamat bisu tu pun dia nak menggatal..

“Em kalau dia sudi nak balas kirim salam sayang kau tu.”Baik aku blah dari layan minah gedik ni..Dalam sekolah ni hanya dia and the geng je ber ‘I’ “You’ ni gila!gedik betul menyampah eden..


Ni baru Tiqa yang bertanyakan pasal mamat bisu tu..Belum lagi Lisa,mau nya sampai esok pagi dia menemu bual aku pasal mamat bisu tu..Dah lah lisa tu pantang tengok mamat handsome sikit,mamat bisu ni dah lah handsome banyak.Tapi gatal-gatal Lisa dia takdalah curang dia tetap gak setia cinta mati dengan Elham tu dari tingkatan satu lagi
Walaupun selalu sangat bergaduh macam anjing dengan kucing..fening aku tengok.
.Utuh sungguh hubungan mereka.Harap tahan samapi ke jinjang pelamin hubungan mereka Amin!

0 comments: