Friday, June 12, 2009

kisah cinta 7


Aku sangat-sangat gembira dengan pemergian ku ke Perak kali ini…Tapi ku sangka kan kegembiraan ku akan berpanjangan sehingga lah…

“Ok semua lepas ni kita akan balik ke Kuala Lumpur dan lusa kita kan balik ke Labuan.Masa dekat Kuala Lumpur nanti cikgu nak kamu semua jaga diri ok.Jangan leka sangat kalau dah shopping tu terutama pelajar perempuan dan guru-guru perempuan.”Selamba kodok je Cikgu ensem ni sound kitaorang..


Nama sebenar Cikgu ensem ni ialah cikgu Amar Izlan .Dia ni memang cikgu lelaki paling ensem kat sekolah aku.,banyak peminat cikgu ni bukan sahaja dari kalangan murid-murid malah guru-guru wanita juga ada yang menaruh hati pada cikgu ensem ni.Tapi satu pun tidak dilayannya.Mana dia nak layan sebab dia dah ada isteri yang cantik dan seorang anak yang comel.Kagum aku dengan keperibadian cikgu ensem yang setia pada isteri nya..Jarang ada lelaki yang mempunyai aset seperti Cikgu Amar akan setia pada seorang wanita.Bukan semua lelaki yang mempunyai aset yang digilai oleh wanita mempunyai sikap hidung belang.

Perjalanan dari Lumut ke Kuala Lumpur mengambil masa kira 5 jam perjalanan..Sepanjang perjalanan ke Kuala Lumpur kami singgah di dua tempat rehat.Selalu nya aku paling tidak suka mengikuti perjalanan jarak jauh.Aku akan cepat berasa bosan.Tapi berbeza pada perjalanan pada kali ini aku berasa sangat gembira.Mungkin dengan kehadiran kawan-kawan ku,yang memboleh kan aku bersembang untuk menghilang kan kebosanan ku.Berbanding dengan perjalanan ku dengan keluarga ku,aku mesti kena sakat dengan teruk oleh along dan angah..Kesian betul nasib aku kan.

Tepat jam 7.30 pm kami tiba di Putrajaya,lalu ke masjid Putrajaya untuk menunaikan solat magrib dan isyak.Aku begitu kagum dengan keindahan rumah Allah itu.Sungguh cantik sekali.Keadaan di masjid itu sungguh selasa dengan dilengkapi dengan penghawa dingin dan lain-lain kemudahan.Selepas menunaikan solat kami berehat-rehat dulu di luar masjid,sebelum pergi ke tempat penginapan yang disewa khas oleh pihak penganjur untuk kontijen dari Sabah dan Sarawak sementara menunggu masa penerbangaan kami untuk balik ke tempat masing-masing..

Sementarayang lain berehat dan jalan-jalan disekitar masjid.Aku,ira dan ifa meminta kebenaran dari cikgu ensem untuk berjalan-jalan diluar sekitar masjid Putrajaya.Walaupun pada mulanya Cikgu ensem sama sekali tiak membenarkankami pergi berjalan-jalan tanpa pengawasanya,tapi disebabkan kami merayu-rayu dan disebabkan ira dan ifa berasal dari Putrajaya dan arif tentang tempat ini.Maka cikgu ensem membenarkan kami berjalan-jalan sendirian dengan syarat kami bertiga menjaga keselamatan diri masing-masing.

Wow!Aku sangat beruntung dapat melawat di tempat yang menarik dan cantik ini.Sedang aku leka menikmati pemandangan di kawasan Putrajaya ini,tiba-tiba aku mendengar bunyi hon yang membingitkan telinga ku.
“Cinta….bangun Cinta….bangun…”Hanya suara ira yang aku dengar sebelum pandangan disekeliling ku menjadi gelap gelita.

1 comments:

Anonymous said...

best...ble nak sambung yg kelapan..???-dhiya-