Friday, June 12, 2009

kisah cinta 6

Tinggal beberapa hari lagi menjelang SPM.Selama 10 tahun aku dan rakan-rakan yang lain bersekolah,itu belum campur tadika lagi.Campur-campur ada juga dalam 10 ke 13 tahun kami bersekolah.Tahun ni adalah tahun terakhir aku berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Muhibbah ini.Banyak suka duka yang aku alami di sekolah ini.Ialah dari tingkatan satu sehingga tingkatan lima.

Masih segar dalam ingatan semasa hari pertama aku mendaftar di SMKM.Perkenalan ku dengan Lisa yang merupakan musuh ku ketika di awal permulaan sesi persekolahan.Hanya gara-gara aku tertolak Lisa ketika berbaris untuk membeli makanan di kantin sekolah.Mak Oi! Minah tu punya kecoh aku tertolak dia.Maca je mee yang aku beli tu tertumpah kat dia.Aku apa lagi angin lah bila kata maaf yang ku hulurkan dibalas dengan jerkahan..Patang betul aku bila aku cakap elok-elok dibalas macam tu.

Tambah malang lagi kami ditempatkan di kelas yang sama.Sejak dari kejadian di kantin sekolah itu,satu demi satu pergaduhan tercetus antara kami berdua.Sehingga kan kedua ibu bapa kami dipanggil ke sekolah.Walaupun kedua ibu bapa kami sudah dipanggil untuk membincangkan masalah kami berdua,tiada sedikit perubahan pun dari kami berdua malahan semakin teruk.Patang berselisih pasti kami akan bertikam lidah.

Sehingga lah satu peristiwa yang menyebab kan aku dan Lisa berkawan baik sehinga kini dan InsyAllah sehingga akhir hayat kami.Petang itu kami ada latihan bola tampar.Sukan bola tampar merupakan satu-satunya sukanyang aku minati dan mahir.Di awal semester pertama,serperti kebiasaanya sekolah kami akan membuat permilhan untuk para pelajar baru,untuk menyertai pasukan blola tampar sekolah.

Nasib ku amat baik kerana diberi peluang untuk menyertai pasukanbola tampar sekolah kami.Tetapi yang malang nya Lisa juga terpilih untuk menyertai pasukan bola tampar sekolah kami.Walau bagaimana pun semasa di gelanggang kami hanya bersifat profesional.Tiada pergaduhan yang tercetus di antara kami..


Masih segar dalam ingatan ku 24 Mei 2003,pada tarikh ini kami mempunyai kejohanan di peringkat negeri..Sekolah kami berjaya untuk mewakili Wp.Labuan untuk ke perak,bagi mewakili W.P Labuan.Setelah 4 hari menyertai kejohanan ini,kami dibawa berjalan-jalan di Negeri Darul Ridzuan ini.Walau ini bukan kali pertama aku ke Negeri Perak,tetapi lawatan kali ini merupakan yang paling menarik kerana dengan adanya kawan-kawan dan guru-guru ku.

Antara tempat yang kami lawati adalah Zoo TaipingMuzium Taiping,Muzium Pasir Salak,Bandar Ipoh,Kuala Kangsar,Pekan Lumut atau pun sekarang ini dikenali dengan nama Bandar Tentera Laut dan tempat terakhir yang kami lawati adalah Pangkalan Tentera Laut di Lumut.Banyak pengalaman yang menyeronokan yang aku dapat semasa membuat lawatan dengan memakai baju sekolah..Banyak keistimewaan yang kami perolehi…

Aku sangat-sangat gembira dengan pemergian ku ke Perak kali ini…Tapi ku snagka kan kegembiraan ku akan berpanjangan sehingga lah…..

0 comments: