Friday, June 12, 2009

kisah cinta 5

“Oi ! Eyrol engkau ni kenapa monyok je aku tengok dari tadi kau ada masalah ke?Roti Canai kau tu pun tak terusik lagi..Kau tak nak ke?Kalau tak nak aku bak sini bagi aku.”Tanya Syahran teman baik Eyrol sambil lahap mengunyah Mee Goreng mamak kegemaraanya..

“Tak ada apa lah..Aku penat je ni..Dah lah cepat makan pastu balik..Aku nak tidur ni.” Dingin saja Eyrol membalas pertanyaan Syahran..Dari reaksi Eyrol tahu lah Syahran yang Eyrol tak nak beramah mesra denganya..Padahal dia tagu kalau Eyrol monyok je mesti dia ada masalah.Bukanya sehari dua mereka baru berkawan..Enam tahun berkawan dengan Eyrol cukup untuk dia mengenali sikap teman baiknya itu.


*********

“Eyrol awak ni kenapa hah!kan saya dah jelas kan yang saya tak ada hubungan dengan Nizam.Awak salah paham sebenarnya,saya dan Nizam hanya kawan je,Yang awak tengok malam tu bukan seperti yang awak bayang kan.Maaf kan saya ya sayang,saya janji tak akan buat lagi.”Lirih saja suara Diana memujuk Eyrol..Binggung Diana dengan niat Eyrol hendak mereka memutuskan pertunangan mereka.

”Salah faham awak kata!Saya dah tengok dengan mata saya sendiri awk dekat kondo Nizam dengan pakai baju tidur je!Tak kan awak kemas rumah dia kut atau memasak kat rumah dia.Setahu saya awak Cuma setiausaha dia.Dah lah Diana saya muak dengan awak ni.Entah berapa lama awak dah lakukan hubungan terlarang dengan Nizam.”Puas rasanya selepas meluahkan apa yang terbuku di hati nya

”Awak ingat saya nak sangat dengan awak hah!Eh awak dengar sini Eyrol orang yang keras kepala macam awak ni memang tak sesuai dengan saya.Saya pun tak hadap sangat lah nak jadi tunang awak lagi.Nizam seribu kali lebih baik dari awak.Memang...memang saya akui saya ada hubungan dengan Nizam puas hati awak!”Penat dia melayan Eyrol yang tidak mahu memaafkanya.Kalau dia tidak memikirkan keluarganya yang nak sangat dia dan eyrol bertunang.Awal-awal lagi dia dah berniat memutuskan petunagan mereka..

Bagi Diana Nizam lebih baik dari Eyrol.Nizam memberikan dia kemewahan dan segala-galanya..Berbanding dengan Eyrol yang masih menuntut dia Universiti Malaya.Sebenarnya Eyrol tiga tahun ebih muda dari Diana.Tapi atas kematangan Eyrol dan rupanya yang kacak Diana telah jatuh cinta.




Buat Eyrol pula,memang sebelum ini dia sangat mencintai Diana dengan sepenuh hatinya.Tapi sejak Diana kerja dengan Nizam sebagai seorang setiausaha.Sejak itu Diana telah berubah,kalau dulu tudung menutup aurat nya.Tapi sekarang tudung entah terbang kemana,tiada lagi baju kurung atau blaus sopan menutupi tubuhnya.Malah dia tidak tahu pun Diana tidak lagi memakai tudung.

Perkara itu diketahui dari gambar yang di tunjukan oleh Syahran sahabat baiknya.Dalam gambar itu dia melihat Diana ceria berpegang tangan dengan Nizam.Hampir-hampir sahaja di terduduk melihat gambar itu.Sampai hati Diana berlaku curang denganya,padahal dia sangat mencintai Diana.

Walaupun kes ini berlaku dua tahun yang lepas,hampir- hampir dia melupakan kes itu.Tetapi panggilan telefon yang di terimanya dari Diana semalam menyebabkan dia monyok hari ini.Benci dia mendengar pujuk rayu dari Diana,yang kembali menagih cintanya..Beria-ia Diana memujuk nya ingin kembali padanya.Padahal Diana sudah menjadi isteri Nizam.


”Hello..Eyrol..Saya ni Diana.”

“Kau nak apa Diana?Kenapa kau call aku ni.Aku rasa kita dah tak da apa-apa hubungan lagi.”Dingin suara Eyrol membalas.Tiada lagi panggilan “saya” atau “awak” dari Eyrol..

“Saya nak minta maaf kat awak Eyrol.”

“Untuk apa Diana?Antara aku dan kau dah taka da apa-apa hubungan lagi.”

”Tapi saya masih cintakan awak Eyrol.Saya tak bahagia dengan Nizam.Nizam buat saya macam hamba.”

”Itu bukan masalah aku.Itu kan jalan yang kau pilih,dan satu lagi kau jangan pandai-pandi nak cakap cinta dengan aku!Bagi aku kau dah mati sejak kau curang dengan aku!”Tanpa mendengar jawapan dari Diana,Eyrol menekan punat merah di telefon bimbit nya.Muak Eyrol mendengar suara Diana yang satu masa dulu ,membuat kan hatinya berdegup kencang dengan telatah manja nya...

0 comments: