Wednesday, June 17, 2009

KiSaH CiNta 11

Huh ini satu perkembangan yang baik.Aku harap lepas ini tak payah lah aku tunggu dia lama-lama kalau masa balik sekolah.Aku cukup pantang kalau terpaksa menunggu,walau dalam apa situasi pun.Aku paling benci menunggu orang,dan disebabkan itu aku pun tak suka di tunggu orang.Aku tahu apa rasa nya menunggu orang sungguh membosankan.Mesti koarang ingat aku cerewet kan?Aku tak cerewet lah sebenarnya.Tapi aku tak tahu lah kenapa aku ada sikap tak suka menunggu dan tak suka ditunggu.So siapa-siapa yang dah berjanji dengan aku harus lah menetapi masa kalau tak muka aku yang ciut ni,eh!terpasan lak,akan menjadi seperti jeruk mangga yang paling masam sekali di dunia.

Tiga hari lagi S.P.M bermula.Gabra gila aku ni.Boleh ke tak aku jawab soalan nanti.Malam ini kluarga aku dan Lisa akan solat hajat secara ramai di rumah aku.Kawan-kawan sekelas kami,ibu bapa mereka dan guru-guru kelas kami juga dijemput hadir untur meramaikan solat hajat ini..Selepas melakukan solat magrib,membaca Yasin,solat isyak dan akhir sekalai kami melakukan solat hajat dan memohon kepada Yang Berkuasa, supaya memudahkan kami menjawab soaln dan mendapat keputusan yang cermerlang,dan semoga kami menjadi insane yang berguna pada keluarga,Negara dan bangsa.Selepas itu semua yang hadir dijemput makan.Wow!Hidangan malam ini semuanya makanan kegemaran aku dan Lisa,yang khas disediakan oleh mama dan Umi Lisa.

Ini yang buat kami tersenyum sepnjang tahun kalau makanan kegemaran kami disediakan .Aku dengan sambal sotong,Lisa dengan sambal tempe nya.Yang paling penting sekali cendol minuman kegemaran kami yang disediakan khas oleh sepupu ku.Makan besar lah jawabnya kami.Bertambah seronok lagi kawan-kawan sekelas kami pun ada bersam kecuali Tiqa and the geng.Selamat,aku pun tak nak dia datang buat bertambah dosa aku dan Lisa je mengumpat perangai dia yang gedik semacam tu,kami ni takda lah baik sangat tapi takda lah macam dia mengedik san mengedik sini dengan gaya-gaya minah saleh dia tu.Hish!tolong lah geli mak hahahah…


Sapa mamat pakai baju melayu ungu itu?Saudara Cinta ke?Tak penah namapak pun sebelum ini.Hampir semua saudara Cinta,Lisa kenali sebab Lisa sering ikut Cinta pulang ke kampung.Mamat ni betul ensem lah macam Marc Nelson lah,smart sangat dia pakai baju melayiu berwarna ungu itu,dengan kulitnya yang putih,tinggi,badan yang sasa dan yang paling penting kening nya yang tebal betu membuatkan hati perempuan cair tengok dia.Nasib baik aku dah ada Elham.Kalau tak nak juga kau kenal dengan mamat seensem tu.

“Wei Cinta!Aku nak tanya something ni dengan kau.” Bisik Lisa tiba sambil tersengih-sengih.

”Hah apa dia?Siap tersengih lagiNi mesti ada something kan.”Buang tebiat apa minah ni.

”Tuuuu..... Sapa tuuu.”Liasa menujukan Eyrol dengan muncung mulutnya.Sah dia dah namapak Eyrol.Get ready lah untuk sesi soal jawab dengan Lisa wartawan yang satu stesen tv pun tak nak ambik.

”Siapa??Mana??”Sahaja aku main tarik tali dengan Lisa,

”Tulah!Yang ensem pakai baju melayu ungu tu.Aku rasa tu buka seupu kau kan tak penah nampak pun.Takkan kawan sekelas kita kut lagi tak logik.Kalau suami-suami cikgu lagi lah tak mungkin,kaku kenal semua suami cikgu.Cakap arh sapa tu.Macam Marc Nelson beb!Ensem gila.”Desak Lisa,siap buat analisis lagi.

Malas aku berteka-teki lagi dengan selamba kodoknya aku pun bagitau.
”Ohhh tu driver baru aku,ganti Ayah Mail.Takda lah ensem sangat biasa je.”
Padahal hati ini dah banyak kali memuji ketampanan semulajadi abg Eyrol tu.Depan Lisa malas lah aku nak puji kang tak pasal-pasal aku di gosip nya dengan Abg Eyrol.

”What!kenapa kau tak cakap kat aku.Jahat betul lah.”Rugut Lisa.

”Wat pe nak bagitahu kau.Buat habis ayaq liur je aku je.” Kata ku sambil terkekeh ketawa.Malas aku melayan kerenah Lisa kalau cerita pasal jejaka ensem sampai tahun depan pun tak habis.Apatah lagi aku rasa tak selesa dengan pandangan mata Abg Eyrol itu.Tapi betul lah kata Lisa Abg Eyrol nampak ensem sangat dengan baju melayu ungu nya itu.Sesuai dengan kulitnya yang cerah itu.Kenapa lah dia ensem sangat boleh tergoda aku ni.

2 comments:

Anonymous said...

aku x sabar nak tunggu siri seterusnnya...
cpt2 buat k..
-dhiya-

CahyaCinTa said...

ok InsyAllah klu aku ada ide secepat mngkin aku smbung